Kamis, 25 Februari 2016

Sholat sunat tasbih




Sholat ini disebut Sholat Tasbih karena diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat sholatnya.
Sholat Sunat Tasbih sangat dianjurkan :
kalau bisa tiap malam, jika tidak sanggup kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sholat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Jika kamu mampu sholat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

Sholat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapak saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib;

‘Wahai al-‘Abbas, bapak saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; yaitu  tunaikanlah sholat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu;

 “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر”

(Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali.
Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali.
Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali
juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali.
Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi.
Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga.
Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya.
Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.

Caranya;
1.  Niat Solat Sunat Tasbih:

     a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
          “U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
          (Sengaja aku sholat Sunat Tasbih dua raka’at, karena Allah Ta’ala.)

    b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

         “U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
         (Sengaja aku sholat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
     Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
     Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
     Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
     Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

3.  Bacaan Tasbihnya ialah:


     Maha suci Allah dan segala Puji bagi Allah, dan tiada tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha           Besar
    Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha tinggi dan Maha Agung

4.  Lakukanlah seperti sholat sholat sunat yang lain beserta bacaannya, namun di tambahkan bacaan tasbih di akhir setiap bacaan sebelum pindah ke gerakan selanjutnya.
 
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
     Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
     Rukuk – 10 kali tasbih
     Iktidal – 10 kali tasbih
     Sujud pertama – 10 kali tasbih
     Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
     Sujud kedua – 10 kali tasbih
     Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.

6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan pada rakaat seterusnya. Ulangi
     langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

7.  Sekiranya lupa membaca tasbih di satu tempat, boleh digantikan di tempat berikutnya.

8.  Harus diingat dua rekaat (malam hari) atau empat (siang hari) setelah membaca                                    Tasyahhud,dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.


Demikianlah semoga bermanfaat,
rasa-nikemat


0 komentar:

Posting Komentar